Wednesday 7 September 2011

Jom Abseiling!

Topik nie merupakan salah 1 topik tok test tok outdoor recreation. nk share dgn kwn2. kot2 topik nie masuk final.



nie la abseiling

n kat bawh nie keperluan serba sdikit utk nk buat aktiviti abseiling nie.



Alat-alat untuk Abseiling

1. Safety Helmet (Topi Keselamatan)
- digunakan sebagai pelindung kepala
- tahan hentakan
- bersifat ringan

2. Karabena
- kegunaannya adalah sebagai alat penghataraan untuk menyambung daripada satu alat ke alat yang lain.
- diperbuat daripada aloi yang sangat sensitif pada hentakan.
- boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.

3. Pulley
- kegunaanya adalah untuk mengurangkan keberatan bebanan.
- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.
- kemampuan bebanan bergantung pada kedudukan pulley. Maksimum bebanan adalah 2400kg.

4. Figure of Eight
- digunakan untuk turun sahaja.
- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.
- boleh menampung beban seberat 2500kg hingga 3000kg bergantung kepada saiz dan pengeluar.


5. Glove
- digunakan semasa reppeling/abseiling.
- digunakan untuk mengalas tangan dan mengelakkan tangan daripada cedera atau melecet.

6. Seat Harnes
- alat untuk menyokong tubuh.
diperbuat daripada nylon atau polyster.

7. Full Seat Harnes
- digunakan untuk menyokong tubuh.
- diperbuat daripada nylon atau polyster.
- lebih sesuai untuk kegunaan mangsa semasa kerja menyelamat dijalankan.

8. Juma @ Jammer
- digunakan untuk naek sahaja.
- diperbuat daripada aloi yang sangat sensitif pada hentakan.
- boleh menampung beban seberat 2500kg hingga 3000kg.
- mempunyai gigi cengkam yang kuat.
- dibuat khusus kiri dan kanan.

9. Stopper
- digunakan untuk turun dan melakukan sebarang kerja di pertengahan tali.
- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.

10. Rack
- digunakan untuk turun sahaja.
- diperbuat daripada aloi yang sensitif pada hentakan.

11. Sling
- digunakan sebagai tali penghantaraan.
- diperbuat daripada nylon atau polyster.
- boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.

12. Kernmantle Rope- terdapat 2 jenis tali yang biasa digunakan semasa reppeling/abseiling iaitu:

a) Static Rope
- tidak menganjal
- sesuai untuk teknik "flying fox"

b) Dynamic Rope- tali yang bersifat keanjalan
- sesuai digunakan pada permukaan yang berbukit dan tajam.

No comments: